Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) ditubuhkan pada 1 Oktober 2014 melalui penggabungan Bahagian Perancangan Korporat (BPK) dan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi (MarComm). Tujuan penubuhan PSPK adalah untuk menguruskan Strategi Korporat dan Komunikasi dengan memberi fokus keutamaan kepada agenda dan strategi universiti secara efektif. Struktur PSPK dibentuk berdasarkan dua bahagian, iaitu Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Perhubungan Korporat. Bahagian Perancangan Strategik bertanggungjawab dalam Pengurusan Strategik, Data Korporat, Pengurusan Risiko, Pengurusan Rakan Strategik, Penerbitan Korporat dan Kelestarian dan Kampus Hijau. Manakala Bahagian Perhubungan Korporat, melaksanakan fungsinya secara integrasi dan komprehensif dengan perancangan strategik melalui aktiviti Komunikasi Korporat, Media Kreatif dan Penjenamaan, Pengurusan Acara, Protokol & Pelawat Korporat.