Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti Putra®|Bakti dan sekali gus menjadi sekretariat Jawatankuasa Putra®|Bakti pada peringkat UPM. Putra|Bakti ialah aktiviti sukarelawan yang dijalankan oleh komuniti UPM untuk membantu masyarakat atau individu yang memerlukan bantuan samada di dalam atau luar negara.
Penglibatan warga UPM dalam aktiviti Putra®|Bakti ialah satu gerakan strategik dalam pembangunan modal insan untuk mengangkat kecemerlangan kualiti hidup masyarakat.