| PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
senarai pengumuman terkini

Pelajar yang berminat untuk menjadi talent dalam aktiviti pengurusan majlis, promosi dan pemasaran UPM, boleh hubungi Nurzatul Hakimah Mahmud Mahayuddin , melalui telefon 03.8946 6185 atau email nurzatul@upm.edu.my 

Pelajar atau staf yang akan menjalani program mobiliti, sila dapatkan brosur "facts & figures" dan Prospektus UPM 2017 daripada Bahagian Perhubungan Korporat, Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi (CoSComm)

Sekiranya anda berminat untuk Latihan Internship di CoSComm, sila hubungi Siti Noordelila Abdul Karim melalui talian 03.8946 6003 atau email delila@upm.edu.my 

Tempahan Sampul Duit Raya UPM bagi Tahun 2017 dibuka sehingga 12 Mei 2017. Sebarang tempahan sila hubungi Siti Noordelila Abdul Karim melalui talian 03.8946 6003/6009.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mempelawa pelajar dan staf untuk menghadiri Konvensyen tersebut di Dewan Besar UPM pada 25 Mei 2017. Makumat lanjut sila hubungi Fahmi Azar Mistar melalui talian 03.8946 6003

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

Sila rujuk Garis Panduan Sementara Kajian Kepuasan Pelanggan UPM.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED PE4) / KONTRAK / PENGURUSAN PENERBITAN

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan PE4 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
c) Mempunyai kelayakan minimum Diploma / STPM / MATRIKULASI
d) Mempunyai pengalaman antara 1 - 3 tahun dalam pengurusan bahan penerbitan seperti
buku, laporan tahunan dan penerbitan korporat ATAU mempunyai kelulusan dalam bidang penerbitan
e) Calon yang berkelulusan dalam bidang lain selain bidang penerbitan akan turut dipertimbangkan berdasarkan pengetahuan dan minat

SKOP DAN BIDANG TUGAS :


a) Membantu Pengurusan Penerbitan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan UPM
b) Membantu Semakan Pruf Penerbitan Korporat
c) Membantu Kerja-kerja Pengumpulan Data Penerbitan

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, resume dan sijil/dokumen dan transkrip berkaitan yang telah disahkan dan hantar permohonan melalui alamat emel delila@upm.edu.my (U/P : Pn. Siti Noor Delila Abd Karim)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 DISEMBER 2022

Muat Turun Iklan dan Borang

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut: 

PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED PE4) / KONTRAK / DATA PENARAFAN 


Calon bagi lantikan PE4 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
c) Mempunyai kelayakan minimum Diploma / STPM
d) Mempunyai pengalaman antara 1 - 3 tahun
e) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  
  Kerajaan serta lulus principal subjek Ekonomi atau Matematik; atau
f) Diploma dalam bidang statistik, atau matematik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  
  Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  
  dengannya


SKOP DAN BIDANG TUGAS :
a) Bertanggungjawab Membantu Pelaksanaan Program dan Aktiviti Pengumpulan, Pemprosesan Data Serta Membantu Penganalisisan Data Berkaitan Penarafan Universiti
b) Membantu Menyediakan Laporan Berkaitan Penarafan Universiti
c) Membantu Dalam Penyediaan Kerangka Strategi Penarafan Universiti

Kriteria Tambahan :
a) Mahir menggunakan Microsoft Excel dan Google Sheet untuk data analisis

 

CARA  MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, resume dan sijil/dokumen dan transkrip berkaitan yang telah disahkan dan hantar permohonan melalui alamat emel delila@upm.edu.my (U/P : Pn. Siti Noor Delila Abd Karim)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 DISEMBER 2022

Muat Turun Iklan dan Borang

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696021
03-97696021
03-97698972
BWDcDAd:03:47