Bermula sebagai Sekolah Pertanian pada 1931, dan ditubuhkan sebagai sebuah Universiti pada 1971, UPM telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada masyarakat dan Malaysia dalam pembangunan penyelidikan, pengajaran, pembelajaran, penjanaan inovasi dan teknologi.
Pelan Strategik ini yang memfokuskan lapan bidang strategik utama telah membentuk hala tuju UPM yang jelas dan sekali gus memacu usaha UPM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, dan seterusnya membina jenama cemerlang pada peringkat global.