VM ditarkrifkan sebagai pendekatan pelbagai disipilin yang sistematik dan inovatif untuk mengkaji keperluan fungsi sesuatu program, reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program/projek tersebut. Sila klik Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai Dalam Program-Projek Kerajaan untuk penjelasan lanjut.
Pelaksanaan VM di UPM merangkumi tiga (3) skop utama iaitu:
(i) Perancangan dan pelaksanaan projek fizikal yang bernilai RM200,000.00 dan keatas;
(ii) Perancangan dan pelaksanaan program utama universiti yang melibatkan kos yang tinggi; dan
(iii) Perancangan dan pembangunan sistem ICT yang bernilai lebih RM200,000.00.
VM melibatkan satu kitaran pelaksanaan kajian yang melibatkan Kajian Nilai (VA), Kajian Kejuruteraan Nilai (VE) dan Semakan Nilai (VR).
Secara umumnya risiko ialah sesuatu isu atau kejadian atau peristiwa yang wujud dan boleh memberi kesan kepada pencapaian visi, misi, objektif atau matlamat sesebuah organisasi. Manakala, dalam konteks UPM, risiko ialah kesan ketidaktentuan kepada pencapaian matlamat Pelan Strategik UPM, kesan kepada kewangan, kesan terhadap operasi dan kesan kepada peraturan universiti.
Merupakan satu kaedah mengenal pasti, menilai dan mengawal risiko secara sistematik agar kemungkinan terjadinya risiko tersebut dapat dihapuskan atau diminimumkan.
UPM adalah kira-kira 23 km dari pusat Kuala Lumpur dan 15 km dari Putrajaya.
Untuk memohon lawatan delegasi rasmi ke UPM, sila lengkapkan Borang Permohonan Pelawat Antarabangsa di laman sesawang Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) dan e-mel kepada liaison@upm.edu.my.
Untuk memohon cenderamata UPM, sila lengkapkan borang Permohonan Cenderamata UPM dan emelkan kepada liaison@upm.edu.my
Ya perlu, MoU adalah perjanjian bertulis antara dua atau lebih pihak yang membentuk perkongsian. Setiap MoU mempunyai tujuan tertentu seperti urusan akademik, pertukaran pelajar, penyelidikan, perkongsian sumber, dan lain-lain bergantung kepada keperluan entiti yang memulakan perjanjian. Dokumen ini boleh menjadi sumber yang berguna dalam menentukan terma penglibatan. Panduan mengenai penubuhan MoU boleh didapati di laman sesawang Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK).
Templat MoU boleh diperolehi di laman sesawang Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), https://pspk.upm.edu.my.
Manual Identiti Korporat yang boleh dimuat turun di pautan dokumen laman web Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK).
Prospektus, Fakta & Angka, Buku Harian/Diari dan bahan penerbitan lain.
Mengisi Borang Permohonan Jemputan Media dan Publisiti atau Application Form for Publicity and Media Invitation dalam dokumen di laman web Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) dan hantar kembali borang ini kepada PSPK.
Mengisi borang Borang Permohonan Jemputan Media dan Publisiti atau Application Form for Publicity and Media Invitation dalam dokumen di laman web Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) dan hantar kembali boring ini kepada PSPK.
Ya, perlu mendapatkan kelulusan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) jika berurusan dengan media. Terlebih dahulu PTJ perlu mendapatkan kelulusan Dekan, Pengarah atau Ketua PTJ.
Kemaskini:: 02/03/2021 [hairul_nizam]
Tingkat 3, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan