Putra Bakti Donation | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» PUTRA® BAKTI » Putra Bakti Donation

Putra Bakti Donation

Universiti Putra Malaysia melalui Jawatankuasa Induk Putra Bakti telah mewujudkan satu tabung kesukarelawan yang diberi nama Sumbangan Putra Bakti. Tujuan Tabung Sumbangan Putra Bakti diwujudkan adalah sebagai salah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada warga UPM dan masyarakat Malaysia untuk turut serta membantu dalam operasi menggerakkan projek kebajikan dan kemanusiaan anjuran Pusat Tanggungjawab UPM dibawah penjenamaan Putra Bakti.
Inisiatif dana terkumpul dari Tabung Sumbangan Putra Bakti akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek berikut :

• Bantuan Kesihatan & Perubatan
• Bantuan Asas Makanan & Pakaian
• Bantuan Kecemasan & Kemanusiaan
• Bantuan Ekonomi
• Bantuan Pendidikan
• Bekalan Utiliti
• Alam Sekitar & Komuniti
• Latihan Kesukarelawanan

Sumbangan ini boleh dibuat melalui Payment Gateway UPM iaitu https://paygate.upm.edu.my/

Updated:: 21/09/2023 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

SXFDBAH~