UPM, UAEU Buka Hubungan Kerjasama Antara Kedua Belah Pihak | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » UPM, UAEU buka hubungan kerjasama antara kedua belah pihak

UPM, UAEU buka hubungan kerjasama antara kedua belah pihak

SERDANG, 24 Jun - Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan perbincangan dalam talian bagi membuka hubungan kerjasama antara UPM dan United Arab Emirates University (UAEU) yang boleh dimanfaatkan oleh kedua belah pihak.

Enam wakil United Arab Emirates University (UAEU) yang diketuai oleh Dean for Graduate Studies, UAEU, Prof. Dr. Ali Hassan Al Marzouqi bersama  beberapa wakil dari UPM telah hadir dalam perbincangan berkenaan.

Ini adalah permulaan perhubungan antara UPM dan UAEU bagi mengadakan kerjasama memandangkan UAEU merupakan universiti penyelidikan (intensive research university) yang diberi perhatian penuh oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan kini sedang mengembangkan kepakaran dalam pelbagai bidang

Selain itu, perbincangan tersebut bertujuan untuk membina jalinan kerjasama antaranya penyelidikan, program penyeliaan bersama, program dual degree, kerjasama penerbitan dan sebagainya. 

Pertemuan secara atas talian itu turut dijayakan dengan kerjasama pihak Education Malaysia, Dubai yang bertindak selaku moderator perbincangan tersebut serta bertanggungjawab mengaturkan pertemuan itu bagi pihak UAEU. 

UAEU juga turut bersedia membincangkan potensi mekanisme pendanaan bersama melalui hubungan kerjasama yang akan terjalin antara kedua belah pihak.

Wakil UPM yang turut serta dalam perbincangan itu antaranya Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff; Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Abdul Rahman Omar; Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Prof. Ir. Ts. Dr. Nor Kamariah Noordin; wakil Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Japar Sidik Bujang Abdul Rahman; Dekan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Dr. Samsilah Roslan; Pengarah, PSPK, Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman; Pengarah, PUTRA International Centre (i-Putra), Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman; Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Prof. Dr. Loh Teck Chwen; Pengarah Pusat Hubungan dan Jaringan Industri, Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin dan Ketua Pentadbiran (Akademik dan Antarabangsa), Dato' Rosdi Wah. - UPM

Tarikh Input: 02/07/2021 | Kemaskini: 02/07/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEbIAc~