SERDANG, 30 Jan - Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) telah menjalani sesi penilaian Audit kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh dua orang auditor dari Bahagian Kemasukan Dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, iaitu Norliya Yahya dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu 'Adilatul 'Azizah Tajul Ariffin, di sini, semalam.
Sesi penilaian ini melibatkan kesemua empat zon EKSA di PSPK iaitu Zon Musytari, Zon Zuhal, Zon Neptune dan Zon Pluto yang dimulakan dengan Taklimat Pembukaan pada pukul 9.00 pagi.
Ketua Penolong Pendaftar PSPK, Rita Bajat, berkata hasil penilaian menunjukkan komitmen semua staf di pusat tanggungjawab di sini telah memberikan komitmen yang jitu bagi meraih markah yang cemerlang.
“Namun demikian, terdapat beberapa teguran dan penambahbaikan yang perlu kita ambil tindakan selaras dengan ketetapan EKSA seperti keadaan ruang pejabat, zon dan ruang kerja yang berdebu atau tidak bersih sepenuhnya,” katanya.
PSPK sentiasa komited dalam menyokong persekitaran kondusif bagi memberikan transformasi kerja yang berkualiti.
Tarikh Input: 30/01/2024 | Kemaskini: 30/01/2024 | hairul_nizam
Tingkat 3, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan