Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Risiko Universiti Awam 2023 Disertai 20 Universiti Awam | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Risiko Universiti Awam 2023 disertai 20 universiti awam

Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Risiko Universiti Awam 2023 disertai 20 universiti awam

 
SERDANG, 5 Sep- Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Risiko Universiti Awam 2023 buat julung kalinya dianjurkan bagi membincangkan “Struktur dan Tadbir Urus Pusat Pengurusan Risiko Universiti Awam” di Hotel Everly Putrajaya.
 
Seramai 140 orang peserta dari 20 Universiti Awam yang terdiri daripada Pengarah dan Pegawai Pengurusan Risiko menyertai seminar ini bagi memperkukuh peranan pengurusan risiko universiti awam.
 
Ketua Seksyen Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Universiti Putra Malaysia (UPM), Din Ayup berkata, seminar ini dianjurkan bagi mengenalpasti isu dan cabaran dalam pengurusan risiko di universiti.
 
 
"140 orang peserta ini akan mendapat solusi dan strategi bagi memperkukuhkan peranan Pusat Pengurusan Risiko di Universiti masing-masing.
 
"Bukan itu sahaja para peserta juga turut didedahkan dengan pengurusan risiko universiti bagi meningkatkan peranan dan penjenamaan universiti, " katanya.
 
 
Tambah beliau, seminar ini turut berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan risiko selain memperkukuhkan peranan pengurusan risiko universiti awam selari dengan keperluan Pendidikan Tinggi Negara.
 
Sementara itu, UPM adalah penganjur bersama seminar SPARK Risk’23 bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung pada 28 dan 29 Ogos lalu.
 

Tarikh Input: 05/09/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEdXA0~