PSPK UPM Mengadakan Lawatan Penanda Aras Ke UKM | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT pspk
» BERITA » PSPK UPM Mengadakan Lawatan Penanda Aras ke UKM

PSPK UPM Mengadakan Lawatan Penanda Aras ke UKM

 

BANGI, 14 Oktober- Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama 10 Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan dari Pusat Tanggungjawab Peneraju UPM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan ke Bahagian Khidmat Pelanggan, Pusat Komunikasi Korporat (PKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

 

Lawatan ini  bertujuan untuk melihat dan mempelajari amalan terbaik pelaksanaan pengurusan perkhidmatan pelanggan serta penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang diaplikasikan oleh UKM.

 

Selain itu, ia juga merupakan platform pertukaran pendapat dan pengetahuan bagi memantapkan perkhidmatan pelanggan di universiti awam.

 

 

Turut hadir pada lawatan ini wakil UKM daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Jabatan Pembangunan Prasarana, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Unit Integriti dan Ombudsman (UIO).

Tarikh Input: 14/10/2024 | Kemaskini: 14/10/2024 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
W, (05:42:46am-05:47:46am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]