SERDANG, 13 Mac – Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) telah menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Antara Zon di Galeri Putra, PSPK pada Jumaat, dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Program itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran warga PSPK terhadap amalan pengurusan sisa yang lebih lestari, khususnya dalam menggalakkan pengumpulan serta kitar semula minyak masak terpakai bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Pertandingan berkenaan turut menyaksikan penglibatan aktif warga PSPK daripada pelbagai zon yang bersama-sama menyumbang minyak masak terpakai sebagai sokongan kepada inisiatif kelestarian universiti.
Menariknya, pertandingan ini akan diteruskan dalam beberapa siri lagi bagi mengumpul lebih banyak minyak masak terpakai sebelum zon yang mencatat jumlah kutipan tertinggi dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Tarikh Input: 16/03/2026 | Kemaskini: 16/03/2026 | hairul_nizam

Tingkat 3, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan