KESCOMM PSPK Ziarahi Bekas Staf, Tanda Keprihatinan Dan Sokongan Berterusan | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » KESCOMM PSPK ziarahi bekas staf, tanda keprihatinan dan sokongan berterusan

KESCOMM PSPK ziarahi bekas staf, tanda keprihatinan dan sokongan berterusan

 

HULU KLANG, 14 November – Kelab Kebajikan dan Sosial (KESCOMM), Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) telah mengadakan lawatan ziarah ke kediaman bekas staf, Azman Zakaria,yang kini sedang menjalani rawatan kesihatan di rumah beliau, di sini.

 

Lawatan tersebut diketuai oleh wakil kelab bersama Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat), PSPK, UPM, Noor Mohamad Shakil Hameed dan disertai beberapa ahli jawatankuasa KESCOMM dan rakan setugas sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral terhadap bekas warga PSPK itu.

 

Sepanjang kunjungan, rombongan tersebut berpeluang bertanya khabar dan mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan Azman yang pernah menabur bakti dan dikenang atas jasa serta dedikasinya sepanjang berkhidmat dalam organisasi.

 

Selain itu, KESCOMM turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan warga PSPK sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada beliau dan keluarga. Keluarga Azman turut melahirkan rasa syukur serta merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan keprihatinan yang ditunjukkan.

 

Daam pada itu, lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KESCOMM dalam memupuk semangat kebersamaan serta menghargai jasa bekas staf di samping memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian walaupun selepas tamat perkhidmatan

Tarikh Input: 15/12/2025 | Kemaskini: 15/12/2025 | eszereen

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
X, (02:37:36am-02:42:36am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]