UPM Jalin Kerjasama Dengan Kedutaan Hungary Di Malaysia Bagi Memperkasakan Program Akademik | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » UPM jalin kerjasama dengan Kedutaan Hungary di Malaysia bagi memperkasakan program akademik

UPM jalin kerjasama dengan Kedutaan Hungary di Malaysia bagi memperkasakan program akademik

Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan perbincangan dalam talian pada 13 Januari 2021 bersama Duta Besar Hungary, Tuan Yang Terutama Dr. Petra Ponevacs-Pana bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UPM, Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan yang mewakili Naib Canselor UPM.

Perbincangan itu bertujuan untuk memperkasakan program akademik bagi kedua belah pihak antaranya berkenaan program biasiswa, program pertukaran pelajar, pameran melibatkan penglibatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM di Ekspo Kelestarian iaitu ‘The Planet Budapest 2021 Sustainbility Expo’ yang akan dijalankan di Budapest tahun ini dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institusi Pengajian Tinggi di Hungary.

Wakil UPM yang turut serta dalam perbincangan itu antaranya Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), UPM, Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Timbalan Pengarah, PUTRA International Centre (i-PUTRA), Prof. Madya Dr. Hasfalina Che Man dan Ketua Pentadbiran (Akademik & Antarabangsa), Dato’ Rosdi Wah.

Ini adalah permulaan kerjasama UPM dan Kedutaan Hungary di Malaysia bagi mengeratkan hubungan pendidikan, memperkasakan program akademik serta memperkukuhkan kerjasama akademik antara UPM dengan Institusi Pengajian Tinggi di Hungary. - UPM

Tarikh Input: 08/02/2021 | Kemaskini: 08/02/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696003 / 6009
03-97698972
B1614248192