UPM Bangunkan Sistem Pengurusan MoU/MoA Ke Arah Digitalisasi | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » UPM Bangunkan Sistem Pengurusan MoU/MoA ke Arah Digitalisasi

UPM Bangunkan Sistem Pengurusan MoU/MoA ke Arah Digitalisasi

Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat  dan Komunikasi (iDEC), UPM dalam usaha membangunkan Sistem Pengurusan MoU/MoA di bawah skop pertukaran pelajar, perkara berkaitan akademik dan kolaborasi berkaitan penyelidikan yang melibatkan akademik.

Usaha itu adalah bagi membantu sekretariat PSPK, PTJ, Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) bagi memudahkan Pengurusan MoU/MoA di peringkat universiti dan UPM juga adalah merupakan universiti yang terawal mempunyai sistem Pengurusan MoU/MoA ini.

Selain itu, sistem tersebut sedang dalam proses penambahbaikan diperingkat akhir dimana pilot test yang pertama telah dijalankan pada pertengahan tahun 2020 dengan memilih beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Fakulti Pertanian, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pengajian Pendidikan untuk menguji sistem ini.

Pilot test kedua akan dijalankan pada awal Februari ini dengan beberapa PTJ untuk memastikan sistem ini boleh di guna pakai secara menyeluruh oleh semua PTJ pada tahun  2021.

PSPK, UPM menyahut seruan Naib Canselor agar memastikan universiti ke arah digitalisasi agar seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. - UPM

Tarikh Input: 05/02/2021 | Kemaskini: 05/02/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEYFAo~