Timbalan Pengarah PSPK Terima Anugerah Buku Negara 2022 | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » Timbalan Pengarah PSPK terima Anugerah Buku Negara 2022

Timbalan Pengarah PSPK terima Anugerah Buku Negara 2022

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 23 Ogos - Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain menerima Anugerah Buku Negara kategori Anugerah Pengajian Tinggi Buku Umum Terbaik (Bahasa dan Kepimpinan).

Beliau menerima anugerah tersebut menerusi bukunya yang berjudul Bahasa dan Identiti Kepimpinan Khaled Nordin Dalam Pendidikan Tinggi Negara sempena Ekspo Buku Malaysia 2022 dan Persidangan Buku Antarabangsa 2022 di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, hari ini.

Beliau sebagai penulis utama buku tersebut meluahkan rasa gembira dan berbangga di atas pengiktirafan bukunya itu

"Terima kasih juga kepada pengarang bersama Dr. Hishamudin Islam, Dr. Rohaidah Haron dan Dr. Mashetoh Abd Mutalib yang sama-sama berusaha menyediakan manuskrip terbaik buku penyelidikan ini yang terhasil daripada dapatan kajian. Terima kasih juga kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana menyediakan geran polisi pendidikan tinggi sekali gus dapat menghasilkan penerbitan buku ini.

"Semoga pengiktirafan ini menyuntik semangat untuk terus menulis dan dapat menghasilkan buku yang lebih berkualiti pada masa hadapan," katanya.

Pusat Penerbit UPM turut melancarkan buku tersebut bersama sebuah lagi bukunya yang berjudul Politik, Etnisiti dan Peradaban: Malaysia Pasca 2020, semalam. - UPM

Tarikh Input: 24/08/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEaFAI~