Taklimat Proses Kerja MoU/MoA 2019 | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » Taklimat Proses Kerja MoU/MoA 2019

Taklimat Proses Kerja MoU/MoA 2019

Oleh Khairul Ziana Kinainah

SERDANG - Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) telah menganjurkan Taklimat Proses Kerja MoU/MoA pada 15 Januari 2019 di Dewan Taklimat Bangunan Canselori.

Penganjuran ini merupakan program tahunan dimana taklimat ini perlu dilaksanakan kepada setiap Pusat Tanggungjawab di UPM berkaitan proses kerja mengadakan kerjasama atau kolaborasi dengan institusi atau agensi luar dalam bidang akademik dan pertukaran pelajar/staf.

Ketua Seksyen Perhubungan Antarabangsa CoSComm berkata. ‘’Taklimat ini perlu diadakan kerana terdapat PTJ yang belum memahami proses dan gerak kerja dalam urusan MoU/MoA menyebabkan banyak MoA/MoU tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang diperlukan, taklimat ini juga sesuai untuk pegawai yang baru sahaja terlibat dengan urusan MoU/MoA di PTJ masing-masing;’’

Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Seksyen Perhubungan Antarabangsa CoSComm bersama Pejabat Penasihat Undang-undang UPM.

Tarikh Input: 11/06/2019 | Kemaskini: 17/06/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXDdSAS~