TAKLIMAT PENGURUSAN PELANGGAN UPM 2022 | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » TAKLIMAT PENGURUSAN PELANGGAN UPM 2022

TAKLIMAT PENGURUSAN PELANGGAN UPM 2022

SERDANG, 25 OGOS 2022 - Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini mengadakan Taklimat Pengurusan Pelanggan UPM 2022 kepada semua Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP) Pusat Tanggungjawab (PTJ), UPM bagi memberi penerangan kepada setiap entiti UPM mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP) Pusat Tanggungjawab (PTJ), UPM.

Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, PSPK,  Norlida Zamberi berkata pengurusan pelanggan ini merupakan salah satu komponen akan diambil kira dalam pemarkahan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) bagi kategori  Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran 2022.

“Ini adalah penting bagi PTJ UPM untuk memperkukuhkan perkhidmatan serta mengenal pasti pihak berkepentingan untuk organisasi memberikan perkhidmatan yang terbaik bukan sahaja di kalangan warga UPM malah kepada pihak luar,” katanya.

Beliau yang juga Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti (PKPU) menyampaikan taklimat berkenaan Skop Pengurusan Pelanggan dan Felo Bersekutu PSPK, UPM Tn. Hj. Mat Razi Abdullah bagi Skop Pihak Berkepentingan.

Selain itu, seramai 35 wakil PTJ telah hadir dan antara pengisian taklimat adalah mengenai Struktur Jaminan Kualiti UPM, Struktur Organisasi Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Terma Rujukan TPKP, Dokumen Rujukan Berkaitan Pelanggan, Perubahan/Pindaan Prosedur, Kajian Kepuasan Pelanggan, Sistem U-Respons dan Piagam Pelanggan.

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEXVAa~