PSPK Beri Latihan Sistem U-Respons Mantapkan Perkhidmatan Pelanggan | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT pspk
» BERITA » PSPK beri Latihan Sistem U-Respons Mantapkan Perkhidmatan Pelanggan

PSPK beri Latihan Sistem U-Respons Mantapkan Perkhidmatan Pelanggan

SERDANG, 25 Julai – Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan latihan Sistem U-Respons kepada 50 Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP) dari pelbagai Pusat Tanggungjawab, semalam.

Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti (PKPU), Rita Bajat berkata latihan tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan penggunaan Sistem U-Respons kepada TPKP yang baru dilantik dan untuk memantapkan pemahaman TPKP sedia ada.

"Sistem tersebut telah dibangunkan secara dalaman oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) melalui pegawai teknologi maklumat UPM sejak tahun 2013 dan sentiasa ditambahbaik dari masa ke masa mengikut keperluan pengguna dan perkembangan teknologi maklumat semasa.

"PSPK merupakan pusat yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan perkhidmatan pelanggan jadi latihan ini sangat penting dan perlu diberikan kepada semua TPKP di UPM," katanya. -UPM

Tarikh Input: 25/07/2024 | Kemaskini: 07/08/2024 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
X, (07:04:39am-07:09:39am, 04 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]