PSPK Anjur Bengkel Pengurusan Komunikasi Dan Perhubungan Pelanggan | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » PSPK anjur Bengkel Pengurusan Komunikasi dan Perhubungan Pelanggan

PSPK anjur Bengkel Pengurusan Komunikasi dan Perhubungan Pelanggan

SERDANG, 4 Ogos – Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Penyelaras Kepuasan Pelanggan UPM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Komunikasi dan Perhubungan Pelanggan.

Bengkel yang diadakan secara di atas talian itu mencapai penyertaan sejumlah 420 orang peserta. Dr Saiful Amin Jalun menyampaikan ceramah pada sesi bengkel itu.

Pendekatan bengkel adalah untuk memberi bimbingan serta teknik dan asas kemahiran berkomunikasi yang baik apabila berhadapan dengan pelanggan dalam pelbagai medium.  

Selain itu, peserta mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan dalam perkhidmatan pelanggan serta dapat mengendalikan perkhidmatan kaunter dengan berkesan, mudah didekati dan mempunyai hospitaliti yang cemerlang.

Dalam mencapai piawaian perkhidmatan pelanggan, Pusat Tanggung Jawab (PTJ) perlu mengenali pelanggan dan mendapat serta memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan supaya pencapaian piagam pelanggan sentiasa dapat diukur dan dipatuhi dengan cemerlang.

Bengkel itu dirancang untuk diadakan secara tahunan bagi membantu pegawai perkhidmatan pelanggan UPM sentiasa bersedia dan mahir daripada segi komunikasi dan perhubungan pelanggan demi meningkatkan dan menjaga imej serta reputasi UPM. - UPM

Tarikh Input: 18/08/2021 | Kemaskini: 18/08/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEaSAf~