Lawatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » Lawatan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Lawatan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

5 Febuari 2020: UPM telah menerima pelawat dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang melibatkan seramai 2 orang peserta iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim, Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) dan Dr. Grace Phang Ing, Timbalan Pengarah PPSKK, dalam gerak kerja lawatan penandaaras pihak UMS ke UPM. Lawatan telah diadakan di Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM membabitkan Seksyen Promosi dan Penjenamaan.

 

Pejabat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) UMS sedang di dalam proses menyusun semula strategi promosi dan pemasaran untuk menarik lebih ramai pelajar khususnya pelajar antarabangsa memilih UMS melanjutkan pengajian mereka di peringkat prasiswazah dan siswazah.

Tarikh Input: 12/04/2020 | Kemaskini: 22/04/2020 | kziana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXDdUAR~