Kempen Hayati Rukun Negara Dan Semarak Merdeka 2020 Dilancar | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » Kempen Hayati Rukun Negara dan Semarak Merdeka 2020 dilancar

Kempen Hayati Rukun Negara dan Semarak Merdeka 2020 dilancar

19 Ogos 2020 - Kempen Hayati Rukun Negara dan Semarak Merdeka 2020 dilancarkan di Galeri Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini, bagi terus memupuk semangat patriotisme dan perpaduan.

Usaha memupuk dan meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum di negara ini dijalankan sejak dahulu lagi.

Rukun Negara yang kini berusia 50 tahun, diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 ke arah mencapai keharmonian dan perpaduan kaum.

Seiring tema Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, ‘Malaysia Prihatin,’ UPM beriltizam menjadi barisan hadapan yang cakna dengan cabaran mendatang yang semakin getir.

Peranan UPM mesti melangkaui ‘pagar’ kampus agar ia sentiasa dirujuk, dihormati dan relevan.

Tarikh Input: 10/11/2020 | Kemaskini: 11/11/2020 | kziana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXFZWAP~