CoSComm Anjur Bengkel Penilaian Pencapaian KPI Suku Kedua 2018 | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » CoSComm anjur Bengkel Penilaian Pencapaian KPI Suku Kedua 2018

CoSComm anjur Bengkel Penilaian Pencapaian KPI Suku Kedua 2018

SERDANG, 19 Julai: Lebih 100 orang pegawai kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan semua anggota Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) menghadiri Bengkel Penilaian Pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) Suku Kedua 2018 di sini.

Bengkel itu yang dianjurkan oleh Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra.

Ia bertujuan melaporkan pencapaian prestasi KPI yang ditetapkan bagi tahun 2018. KPI UPM diukur secara berkala pada setiap suku tahun, iaitu suku pertama (S1), suku kedua (S2), suku ketiga (S3) dan suku keempat (S4) mengikut jumlah KPI yang telah ditetapkan.

KPI yang dibangunkan oleh UPM adalah berdasarkan tujuh teras utama perkhidmatan universiti berdasarkan portfolio setiap ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang meliputi akademik, penyelidikan dan inovasi, hal ehwal pelajar, jaringan industri dan masyarakat, sumber manusia, pengurusan kewangan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

UPM juga mengukur prestasi Pertanian sebagai bidang tujahan utama mengikut KPI yang dipersetujui Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

Pada majlis itu, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris membentangkan Keseluruhan Pencapaian Prestasi KPI suku kedua 2018.

Ia diikuti pembentangan KPI suku kedua 2018 oleh pegawai-pegawai lain bagi bidang portfolio masing-masing iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. M. Iqbal Saripan; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zulkifli Idrus; dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dato' Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo.

Turut membentangkan KPI suku kedua 2018 ialah Pendaftar, Dato' Wan Azman Wan Omar; Bursar, Zulkiflee Othman; dan Ketua Pustakawan, Muzaffar Shah Kassim. - UPM

Tarikh Input: 21/09/2018 | Kemaskini: 21/09/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXDdXA0~