'Sila Rapatkan Saf' Kembali Didengari | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» ARTIKEL » 'Sila rapatkan saf' kembali didengari

'Sila rapatkan saf' kembali didengari

**Artikel ini diterbitkan di dalam Bahasa Melayu dan tiada terjemahan di dalam Bahasa Inggeris**
**Artikel ini telah diterbitkan di UTUSAN MALAYSIA pada 16 MAC 2022.**

Oleh: En. Noor Mohamad Shakil Hameed, Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM

PENGUMUMAN negara akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April ini adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh rakyat selama ini bagi kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum diserang wabak Covid-19. Hakikatnya, sejak lebih dua tahun kita terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran dan kekangan dalam menjalani kehidupan seharian disebabkan keperluan untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga serta sebagai langkah untuk mengawal dan menangani penularan wabak.

Justeru, pengumuman Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan sahaja melegakan malah bakal membantu kita membuat persiapan sewajarnya menuju ke arah fasa endemik sepenuhnya bila diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelak.

Antara inti pati penting fasa peralihan tersebut yang bakal memberikan impak signifikan kepada kehidupan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara ialah pembukaan sempadan negara, aktiviti solat berjemaah di masjid yang boleh di laksanakan tan pa penjarakan fizikal dan pemansuhan had operasi bagi premis perniagaan.

Setelah dua tahun sempadan negara ditutup akibat penularan wabak, akhirnya saat dinanti-nantikan akan tiba pada 1 April ini. lni adalah antara berita gembira kepada rakyat khususnya yang hilang pekerjaan kesan penutupan sempadan negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta sektor pelancongan yang terjejas teruk. Hakikatnya, penutupan sempadan selama ini memberikan kesan yang sangat serius kepada sektor ekonomi khususnya perniagaan dan menjejaskan sumber pendapatan rakyat.

Ironinya, antara segmen sektor pelancongan yang mengalami kerugian teruk selama ini ialah pengusaha hotel dan resort, industri penerbangan, operator pusat pelancongan serta peniaga cenderamata dan kraftangan. Natijahnya, ada peniaga dan hotel yang terpaksa gulung tikar sapenuhnya dan yang lain pula mengecilkan saiz operasi di mana pada akhirnya ramai hilang pekerjaan dalam sekelip mata.

Sektor perhotelan misalnya, dilaporkan mengalami kerugian lebih RM7 bilion pada tahun lalu dan RM6.5 bilion pada 2020 akibat penutupan sempadan dan aktiviti pelancongan disekat. Justeru, pembukaan sempadan dan kebenaran aktiviti pelancongan mulai 1 April cukup melegakan kelompok yang terlibat ini, tambahan pula bila sempadan dibuka. Malaysia dijangka menerima jumlah kemasukan pelancong mencecah 28 juta orang setiap tahun yang membolehkan negara memperoleh RM80 bilion pelaburan setahun dan RM30 bilion bagi pelaburan domestik. Hakikatnya, langkah kerajaan membuka sempadan antarabangsa akan memberi impak positif kepada perdagangan negara, sekali gus membolehkan nilai perdagangan yang lebih tinggi dapat direkodkan yang akan membantu meningkatkan fasa pemulihan ekonomi dengan lebih pantas.

24 JAM

Pada masa sama, satu lagi keputusan kerajaan yang bakal menyumbang kepada peningkatan 0konomi rakyat ialah pemansuhan had operasi bagi premis perniagaan. Ini membolehkan pemilik premis dibenarkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Antara perniagaan yang menarik nafas lega dengan keputusan ini ialah pengusaha restoran khususnya yang selama ini beroperasi 24 jam tetapi terpaksa mengehadkan waktu operasi ketika PKP dan fasa pemulihan.

Kebenaran ini akan membolehkan rakyat makan di kedai selepas pukul 12 tengah malam terutama boleh bersahur di kedai ketika Ramadan nanti. Sudah tentu pemanjangan waktu operasi ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan peniaga, malah membuka kembali lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dan diharap pekerja tempatan akan merebut peluang yang terhidang dalam sektor ini. Ringkasnya, kita menjangkakan pembukaan sempadan yang merancakkan sektor pelancongan serta pemansuhan had operasi premis perniagaan akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.

Bagi umat Islam pula, pengumun1an boleh bersolat jemaah tanpa penjarakan fizikal adalah satu rahmat menjelang Ramadan yang dijangka disambut mulai 3 April ini. Hal ini kerana secara lazimnya ketika Ramadan, masjid dan surau dipenuhi umat Islam khususnya untuk solat tarawih berjemaah di mana dua tahun kita tidak dapat melakukannya kerana PKP. Jadi, sudah tentu sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan lebih meriah dengan kebenaran ini apabila akhirnya para imam sudah boleh mengungkapkan kembali kenyataan keramat 'sila rapatkan saf.' Justeru, diharap semua pihak berkuasa agama negeri akan menerima ketetapan kerajaan ini sekali gus membenarkan solat berjemaah dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal di negeri masing-masing.

Apapun, dalam kegembiraan menyambut berita baik ini, rakyat perlu sedar tanggungjawab kini terletak sepenuhnya di bahu masing-masing untuk melindungi diri dan keluarga. Walaupun kerajaan memberikan pelbagai kelonggaran untuk 1 memudahkan urusan dan kehidupan harian rakyat, namun ia perlu dibalas balik dengan disiplin diri yang tinggi melalui pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Misalnya, kita perlu terus memakai pelitup muka dan terus menjaga penjarakan fizikal di tempat sesak dan tertutup. lni adalah tanggungjawab sosial ki ta kepada diri sendiri dan juga kepada anggota masyarakat lain. Pada masa sama, kita berharap anggota masyarakat yang belum menerima vaksin termasuk dos penggalak serta vaksin untuk kanak-kanak akan segera mendapatkannya agar kita lebih yakin dan bersedia memasuki fasa endemik kelak. lni juga merupakan satu lagi tanggungjawab kita kepada rakyat dan nagara.

Tuntasnya, kita perlu menyambut fasa peralihan ke endemik ini dengan penuh tanggungjawab dan terima sebagai strategi untuk keluar daripada pandemik. Sesungguhnya ini adalah fasa ujian kepada anggota masyarakat dan kita perlu bukti kan sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali menjalani kehidupan normal.

Tarikh Input: 28/03/2022 | Kemaskini: 28/03/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEbVAa~