PSPK UPM Perkasa Bakat Komunikasi Murid Melalui Program CSR Pembangunan Bakat Cilik | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS pspk
» NEWS » PSPK UPM perkasa bakat komunikasi murid melalui Program CSR Pembangunan Bakat Cilik

PSPK UPM perkasa bakat komunikasi murid melalui Program CSR Pembangunan Bakat Cilik

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Syuqqree Mohd Dain

 

SERDANG, 8 Julai - Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembangunan Bakat Cilik di Sekolah Kebangsaan Seri Serdang (SKSS) sebagai usaha menyemarakkan inisiatif Read@PSPK, di samping memperkenalkan dunia komunikasi kepada murid sekolah rendah.

 

Program CSR di bawah jenama Jiwa Putra ini mencerminkan komitmen PSPK, UPM dalam memperkasa pembangunan bakat generasi muda melalui perkongsian ilmu dan pemindahan kepakaran kepada masyarakat.

 

Melalui program tersebut, murid diberi pendedahan kepada asas kewartawanan dan videografi menerusi dua modul utama, iaitu Kenali Dunia Wartawan dan Asas Rakaman Video.

 

Selain itu, murid turut mempelajari konsep berita, struktur penulisan berasaskan kaedah 5W1H, jenis-jenis shot serta teknik rakaman video asas sebelum mengaplikasikan pengetahuan tersebut menerusi aktiviti praktikal menghasilkan laporan berita dan video pendek.

 

Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat), PSPK, UPM, Noor Mohamad Shakil Hameed, berkata program itu bukan sahaja bertujuan memperkasa kemahiran komunikasi dalam kalangan murid malah menyokong usaha memperluas budaya membaca melalui inisiatif Read@PSPK.

 

“Ini menjadi platform untuk mencungkil bakat komunikasi dan kreativiti murid sejak usia muda dan berharap pendedahan awal ini dapat membentuk generasi yang celik media, berfikiran kritis serta mampu menyampaikan maklumat secara beretika,” katanya.

 

Sementara itu, program CSR itu mencerminkan komitmen PSPK, UPM dalam memperkasa komuniti menerusi perkongsian ilmu dan kepakaran universiti serta menyokong pembangunan bakat generasi muda dalam bidang komunikasi dan media.

Date of Input: 08/07/2026 | Updated: 08/07/2026 | eszereen

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
X, (02:48:12am-02:53:12am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]