1,166 Peserta Sertai Wacana Putra Bakti | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» NEWS » 1,166 peserta sertai Wacana Putra Bakti

1,166 peserta sertai Wacana Putra Bakti

**This news was published in Bahasa Melayu and has no translation in English

Oleh: Nur Sabrina Marzuki

Tonton Wacana Putra Bakti Siri 1: Taburkan Bakti, Semaikan Budi
Tonton 
Wacana Putra Bakti Siri 2: Selembar Kasih, Cakna Serantau

SERDANG, 12 Dis – Jawatankuasa Induk Putra Bakti, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM telah mengadakan program Wacana Putra Bakti diadakan secara dalam talian yang disertai 1,166 peserta.

Timbalan Pengarah, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata penganjuran Wacana Putra Bakti itu diharapkan dapat dimanfaatkan bukan sahaja kepada warga UPM malah kepada masyarakat.

“Aktiviti kesukarelawanan ini dilihat mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, semangat kerjasama yang baik, memiliki sikap toleransi dan mempunyai sikap ingin membantu yang tinggi yang dapat diterapkan dalam diri setiap individu,” katanya.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Putra Bakti UPM berkata penjenamaan semula program kesukarelawanan UPM sebagai ‘Putra Bakti’ dan digabungkan di bawah satu bumbung bagi memastikan sumbangan kesukarelawanan UPM berada pada tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Putra Bakti yang melibatkan masyarakat dalam dan luar negara antaranya Sekolahku Universitiku, Program Putra Bakti@Agriworld, Program Kenyalang Bakti 2020, Projek Amal Pembinaan Rumah Masyarakat Orang Asli, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kemboja dan Lombok, Indonesia.

Terbahagi kepada dua siri wacana, siri pertama berkongsi pengalaman mengenai projek Pengumpulan Baju Terpakai yang berjaya diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM September lalu.

Antara panel yang terlibat adalah Kaunselor, Unit Kaunseling & Kerja Sosial Perubatan, Hopital Pengajaran UPM (HPUPM), Rafidah Sadarudin, Pensyarah Kanan Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM, Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, TNYDP Sukarelawan Siswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UPM, Sara Wajiha Azman, Pengurus Life Line Clothing Malaysia (LLCM) Sdn. Bhd., Zaki Suratman.

Bagi siri kedua, topik perbincangan mengetengahkan projek Putra Bakti di Lombok, Indonesia serta panel jemputan yang terlibat adalah K.B.,P.A, Pejabat Pendaftar, Siti Fatimah Abdul Ghani, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, Dr. Fazilah Husin, S.Pd.I MTs. Sa'adatuddarain Wakan Praya Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat Indonesia, Muhamad Irham, dan Presiden Persatuan Taska Hulu Langat, Nornisa Sahid.

Sebelum itu, UPM telah melancarkan Sambutan Hari Putra Bakti UPM secara dalam talian bersempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang diadakan pada 5 Disember setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata tujuan utama penjenamaan aktiviti kesukarelawanan UPM kepada Putra Bakti ialah untuk memberi impak kepada imej universiti serta meningkatkan tanggungjawab sosial dan kemahiran insaniah dalam kalangan warga universiti.

“Seiring dengan fungsi universiti aktiviti sukarelawan adalah antara platform yang penting bagi warga universiti memberi sumbangan melalui pemindahan ilmu, kepakaran serta khidmat masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan utama dalam Putra Bakti adalah untuk memberi fokus kepada nic universiti, iaitu pertanian dan multidisiplin, berasaskan pemindahan ilmu dan kepakaran yang berkonsepkan kolektif dan kerjasama.

“Saya menyeru agar warga UPM untuk sama-sama berganding bahu dalam melakukan aktiviti kebajikan tidak kira agama, bangsa mahupun kaum kerana aktiviti sukarelawan secara langsung mengangkat kecemerlangan kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, peristiwa banjir di Pantai Timur pada penghujung tahun 2015 telah menyebabkan penglibatan kesukarelawan yang besar dari pihak UPM dengan Misi Bantuan 3D UPM (Derma, Dorongan dan Doa).

Rentetan kejayaan misi itu, telah tercetus penjenamaan baharu yang memberi impak besar kepada imej dan reputasi UPM serta nama Sukarelawan UPM yang disandang ke hari ini iaitu Putra Bakti. - UPM

Date of Input: 14/01/2021 | Updated: 14/01/2021 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXDcQAP~