TAKLIMAT PENGURUSAN PELANGGAN UPM 2022
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini mengadakan Taklimat Pengurusan Pelanggan UPM 2022 kepada semua Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP) Pusat Tanggungjawab (PTJ), UPM bagi memberi penerangan kepada setiap entiti UPM mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP) Pusat Tanggungjawab (PTJ), UPM.