Penerbitan Buku Dalam Bentuk Digital | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» ARTIKEL » Penerbitan Buku Dalam Bentuk Digital

Penerbitan Buku Dalam Bentuk Digital

Oleh: Rathidevi Thevadas,  Ketua Seksyen Penjenamaan dan Penerbitan Korporat

Kepesatan era teknologi digital membawa perubahan yang ketara kepada industri penerbitan buku. Kewujudan buku digital menjanjikan penyampaian kandungan yang lebih baik melangkaui batasan teks bercetak. Populariti buku elektronik turut meningkat berikutan kebolehcapaian yang mudah di mana ianya dapat dimuat turun dalam tempoh masa segera yang membolehkan sesuatu bahan bacaan dapat diperolehi dengan pantas dan mudah.

Perkembangan teknologi industri buku digital di Malaysia dapat dilihat menerusi penubuhan e-Sentral sebuah platform penjualan buku eletronik pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang wujud sejak tahun 2011. Penerbit buku tempatan Malaysia yang kebanyakannya pakar dalam penerbitan buku, artikel jurnal, buku dan rujukan popular juga tidak pernah melepaskan peluang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ini dan menjadikannya strategi untuk mengembangkan perniagaan.

Buku elektronik atau e-book adalah revolusi teknologi terkini yang mempunyai impak atau kesan terhadap penulis, penerbit dan pembaca. Malah, ianya menjadi satu cabaran kepada penerbit untuk melabur dengan bijak dalam teknologi digital ini dan menjadi lebih agresif dalam mempelajari lebih lanjut tentang teknologi penerbitan terkini ini. Selain itu, adalah penting untuk melihat lebih lanjut dan meneliti fasa peralihan daripada penerbitan tradisional kepada penerbitan digital.

Pelaksanaan, adaptasi dan peralihan kepada penerbitan e-book mungkin membawa pelbagai kesan kepada sesebuah penerbit secara keseluruhan. Malah, persoalanan mengenai kelebihan dan kekurangan tekonogi ini masih menjadi satu tanda tanya dalam dunia penerbitan. Adakah permintaan untuk naskhah cetak akan berkurangan dengan kewujudan buku elektronik atau adakah penjanaan pendapatan sesebuah penerbit itu akan bertambah dengan adanya versi cetak dan versi eletronik bagi judul yang sama. Bagi menjawab persoalan ini, penerbit buku sewajarnya peka dengan transformasi yang berlaku bagi mengkaji bagaimana perubahan teknologi akan memberi kesan kepada industri ini dengan melihat kepada pelbagai aspek.

Tarikh Input: 21/07/2022 | Kemaskini: 21/07/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
WXFZWAv~