Syarat Permohonan
- Permohonan hendaklah dikemukakan SELEWAT-LEWATNYA 3 HARI bekerja dari tarikh diperlukan.
- Permohonan dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Cenderamata/Bahan Bercetak Google Form (pautan di laman sesawang Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat > Perkhidmatan)
- Cenderamata TIDAK diberikan kepada tetamu kehormat/penceramah bagi program/aktiviti yang menjana pendapatan melalui kutipan yuran penyertaan, menerima tajaan luar, menerima sumbangan kewangan daripada rakan kolaborasi serta penceramah/ahli panel forum telah dibayar honorarium.
- Cenderamata TIDAK diberikan kepada staf dan pelajar UPM yang menyertai majlis UPM.
- Cenderamata TIDAK diberikan kepada penerima yang telah mendapat cenderamata korporat UPM dalam tahun yang sama bagi mengelakkan pemberian cenderamata yang berulang.
- Buku penerbitan UPM serta produk keluaran UPM adalah amat digalakkan diberikan sebagai cenderamata kepada tetamu kehormat dan pelawat UPM.
- Sebagai langkah penjimatan, PSPK hanya dapat memberikan Satu (1) cenderamata sahaja untuk satu (1) aktiviti / program bagi setiap permohonan (untuk cendermata promosi; key chain maksimum 10 unit dan ballpoint pen maksimum 30 unit).
- Program anjuran pelajar perlu memohon cenderamata daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).
- Pihak PSPK berhak menentukan Jenis dan Bilangan Cenderamata Korporat yang akan diberikan.
- Pihak PSPK berhak untuk menolak permohonan PTJ sekiranya:
- penganjur lewat membuat permohonan;
- tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan;
- tidak bersesuaian dengan program/aktiviti.
Kemaskini:: 11/10/2024 [hairul_nizam]
PERKONGSIAN MEDIA