GARIS PANDUAN PERMOHONAN CENDERAMATA | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» SERVICES » UPM Corporate Souvenirs » GARIS PANDUAN PERMOHONAN CENDERAMATA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN CENDERAMATA

A. Syarat Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 3 HARI bekerja dari tarikh diperlukan.

  2. Permohonan dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Cenderamata/Bahan Bercetak google form (link di laman web Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat > Perkhidmatan)

  3. Cenderamata tidak boleh diberikan kepada VIP/penceramah/peserta bagi konferens/persidangan yang menjana pendapatan (contoh: konferens yang menggunakan dana penyelidikan, konferens yang mengenakan yuran penyertaan kepada peserta).

  4. Cenderamata tidak boleh diberikan kepada staf/pelajar UPM yang menyertai majlis UPM.

  5. PTJ juga boleh memberikan cenderamata dari peruntukan mereka sendiri setara dengan kadar harga mengikut kategori pelawat (rujuk Bahagian B). Buku penerbitan UPM serta produk keluaran UPM adalah amat digalakkan diberikan sebagai cenderamata kepada tetamu kenamaan dan pelawat UPM.

  6. Sebagai langkah penjimatan, PSPK hanya dapat menyediakan tidak lebih daripada 5 unit barangan cenderamata bagi setiap permohonan (untuk cendermata promosi; key chain maksimum 10 unit dan ballpoint pen maksimum 50 unit). Jika ada keperluan untuk memohon lebih daripada itu, unit yang selebihnya perlu dibeli daripada pihak PSPK.

  7. Mohon jasa baik pihak PTJ agar dapat mematuhi syarat permohonan cenderamata yang ditetapkan bagi memudahkan urusan penyediaan cendermata dilaksanakan.

 B. Kategori Pelawat



 

Updated:: 24/08/2023 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEdFAA~