Pembangunan Projek Virtual Campus Tour UPM Tingkat Visibiliti Universiti | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» NEWS » Pembangunan Projek Virtual Campus Tour UPM Tingkat Visibiliti Universiti

Pembangunan Projek Virtual Campus Tour UPM Tingkat Visibiliti Universiti

 

Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM dalam usaha membangunkan projek virtual campus tour UPM bagi meningkatkan visibiliti universiti.

Ini adalah salah satu sistem teknologi terkini yang sedang berkembang terutamanya dalam sektor pelancongan dan pendidikan rentetan masalah dihadapi oleh seluruh dunia kerana pandemik COVID-19 yang telah mengubah cara kerja serta pendekatan universiti dalam menguruskan promosi dan perkongsian maklumat dengan hanya melalui laman web iaitu secara paparan, penyampaian teks dan grafik yang statik.

Usaha PSPK, UPM dalam mereka bentuk lawatan maya kampus itu adalah untuk meningkatkan interaksi staf, pelajar dan pelawat dengan persekitaran UPM sekaligus memberikan pengalaman  berada dalam persekitaran yang sebenar dan membolehkan mereka melihat persekitaran universiti dan objek dalam persekitaran universiti secara 360 darjah.

Ini merupakan pendekatan yang lebih menarik yang popular dilaksanakan oleh universiti luar negara khususnya.

Projek itu kini dalam proses pembangunan dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2021 dan dengan pembangunan Virtual Campus Tour UPM ini, UPM mensasarkan peningkatan visibiliti universiti di masa akan datang. - UPM

Date of Input: 05/02/2021 | Updated: 05/02/2021 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696021
03-97698972
CUMJMAV:12:41