PENGHASILAN POSTER YANG BAIK | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» ARTIKEL » PENGHASILAN POSTER YANG BAIK

PENGHASILAN POSTER YANG BAIK

Oleh: Muhammad Alif Akram Mohd Isnain 

Poster merupakan satu media komunikasi perhubungan dan pengiklanan yang sering digunakan orang ramai, berfungsi sebagai pemberitahuan, pengumuman dan pengiklanan  mempromosi sesuatu program atau aktiviti, Ilustrasi atau reka bentuk sesuatu poster itu sering berkait rapat dengan tema program & aktiviti bagi menarik perhatian orang serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan. Terdapat beberapa faktor penting yang memainkan peranan penting dalam penghasilan poster yang lebih berkesan.

Ciri poster yang baik, dapat menyatakan mesej secara efektif lagi mudah, seperti poster larangan merokok ianya merupakan poster penegasan bagi menyampaikan mesej dilarang merokok, ilustrasi dan reka bentuk poster perlulah ringkas dan lebih memfokuskan subjek iaitu rokok itu sendiri, ilustrasi rokok dan larangan memainkan peranan penting bagi memudahkan orang ramai memahami maksud dengan cepat.

 

 

Seterusnya, poster yang dihasilkan dapat menarik perhatian orang ramai dengan penggunaan ilustrasi, muka taip, dan warna yang sesuai. Penggunaan ilustrasi yang menarik seperti infografik di bawah, peletakan dan penggunaan ilustrasi dapat menarik perhatian dengan kombinasi penggunaan warna serta muka taip yang sesuai dapat membuatkan mata yang membaca tidak mudah merasa bosan.

Mesej bagi sesuatu poster juga merupakan aspek penting, mesej perlulah ringkas dan mudah difahami orang ramai.  Mesej yang terlalu padat dan banyak dapat membuatkan mata pembaca penat dan serabut. Mesej yang utama boleh dibesarkan dan yang kurang penting boleh dikecilkan bagi memberi pembaca faham mesej utama dahulu.

Sesebuah poster juga perlu mempunyai keterbacaan yang terbaik, hal ini bagi memudahkan pembaca mengenal pasti turutan mesej yang ingin disampaikan. Sekiranya teks bermula dari kiri maka perlulah diakhiri di kanan poster jika bacaannya dari atas ke bawah yang lain turut ikut polo bacaan yang sama, sekali gus memudahkan pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan.

Akhir kata, Poster merupakan media komunikasi perhubungan dan pengiklanan yang penting dalam menyampaikan mesej pada orang ramai, penghasilan poster yang baik dapat menyampaikan  mesej secara efektif lagi mudah kepada orang ramai.

Muhammad Alif Akram Mohd Isnain
PEREKA
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM

Tarikh Input: 21/12/2022 | Kemaskini: 21/12/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXDdFAm~