Monitoring & Measurement | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» UPM STRATEGIC PLAN 2021-2025 » Monitoring & Measurement

Monitoring & Measurement

JANGKA MASA PELAN DAN PEMANTAUAN PELAN STRATEGIK UPM 2021-2025

Pelan Strategik UPM dirangka dan dibangunkan untuk tempoh lima (5) tahun bermula 2021 hingga 2025, dan Pelan ini meliputi usaha kolektif untuk dua fasa seperti yang berikut:

Fasa Pertama

2021-2023

(3 tahun)

Fasa Kedua

2024-2025

(2 tahun)

 

Fasa Pertama 2021-2023 ialah fasa penting kerana ia mengambil kira hala tuju objektif yang ingin dicapai universiti serta menjadi pemangkin kepada transformasi UPM. Fasa Kedua 2024-2025 ialah pemerkasaan dan kecemerlangan universiti dalam pelaksanaan Pelan Strategik UPM 2021-2025.

Proses penilaian dan pemantauan Pelan Strategik ini akan dilaksanakan semasa pembentangan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UPM, kerana Objektif Strategik Pelan Strategik UPM adalah selari dengan KPI Tahunan UPM yang diukur dan dinilai empat kali setahun seperti maklumat berikut:

  • Penilaian Pencapaian KPI UPM suku tahun pertama dan Penilaian Pelan Strategik UPM
    • April 2021-2025 (Pencapaian Jan hingga Mac)

  • Pembentangan Pencapaian KPI UPM pertengahan tahun dan Penilaian Pelan Strategik UPM
    • Julai 2021-2025 (Pencapaian April hingga Jun)

  • Penilaian Pencapaian KPI UPM suku tahun ketiga dan Penilaian Pelan Strategik UPM
    • Oktober 2021-2025 (Pencapaian Julai hingga September)

  • Pembentangan Pencapaian KPI UPM akhir tahun dan Penilaian Pelan Strategik UPM
    • Januari 2022-2025 (Pencapaian Oktober hingga Disember)

Updated:: 14/01/2022 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

WXFSVAq~