Goals & Strategies | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» UPM STRATEGIC PLAN 2021-2025 » Goals & Strategies

Goals & Strategies

SASARAN KEBERHASILAN PELAN STRATEGIK UPM 2021-2025

Untuk meneruskan impian dan hasrat untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, UPM melalui Pelan Strategik UPM 2021-2025 telah menetapkan LIMA KERANGKA sasaran keberhasilan utama. Penetapan kerangka sasaran ini berdasarkan keputusan strategik korporat yang telah mengambil kira kemampuan dan kepakaran yang ada, terutamanya berpaksikan bidang tujahan utama UPM.

1. INSAN & BAKAT MASA HADAPAN
• Melahirkan graduan yang berdaya saing dalam mengharungi cabaran mendatang
• Melahirkan graduan bitara yang holistik, ihsan dan patriotisme

2. PENARAFAN DAN PENGANTARABANGSAAN
• Top 200 dalam senarai penarafan QS World University Rankings;
• Top 200 dalam Times Higher Education (THE) Impact World University Rankings;
• Top 30 dalam senarai penarafan QS Asia University Rankings;
• Top 20 UI-Greenmetric World University Rankings;
• 2% subjek dalam Top 100 dan 20% subjek dalam Top 200;
• Top 50 by Subject, dalam senarai penarafan QS World University Rankings untuk bidang Pertanian & Perhutanan;
• 5 Star dalam QS Rating; dan
• MyRA dan SETARA.

3. PERTANIAN BERTEKNOLOGI TINGGI
• Menjadi Pusat Rujukan Inovasi Sekuriti Makanan dan Perladangan Lestari
• Menjadi Pusat Rujukan Pengembangan Pertanian Tropika
• Menyerlah sebagai pemangkin industri pertanian negara berpaksikan teknologi tinggi

4. KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DAN KEMAKMURAN NEGARA
• Menjadi institusi yang membudayakan penyelidikan terkehadapan
• Jaringan industri dan masyarakat yang prihatin kepada pembangunan lestari
• Menjadi peneraju amalan kelestarian hijau
• Inovasi penyelidikan menyumbang kepada pembentukan kekayaan negara

5. KEMAMPANAN GOVERNAN DAN TADBIR URUS
• Melagang Kampus Pintar dan Pendigitalan
• Transformasi Pendigitalan Sistem Sokongan Kewangan
• Kemampanan kewangan Universiti melalui platform Wakaf, Zakat dan Endowmen
• Institusi mapan berdaya tahan melalui keberkesanan pengurusan risiko

 

MATLAMAT

MATLAMAT 1
Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang


MATLAMAT 2
Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari


MATLAMAT 3
Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat


MATLAMAT 4
Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan


MATLAMAT 5
Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau

 

Updated:: 26/01/2024 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

WXFSWAx~