Income Generation | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS pspk
» Income Generation

Income Generation

 

Perkhidmatan Media Kreatif dan Produksi Video

Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia menyediakan perkhidmatan media kreatif dan produksi video bagi menyokong keperluan komunikasi, promosi, dokumentasi serta penerbitan kandungan untuk program dan aktiviti rasmi.

Perkhidmatan ini merangkumi rakaman video, penerbitan video, pembangunan montaj serta penstriman langsung (live streaming) dan boleh dipertimbangkan berdasarkan skop serta keperluan sesuatu program atau projek.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

1. Rakaman Video MCP

Perkhidmatan rakaman video menggunakan tiga (3) buah kamera atau lebih bagi menghasilkan liputan program yang lebih menyeluruh dan dinamik.

Kadar: RM5,000.00 / pakej / sehari


2. Rakaman Video Single Camera

Perkhidmatan rakaman video menggunakan satu (1) buah kamera yang sesuai untuk keperluan rakaman program atau kandungan berskala lebih kecil.

Kadar: RM6,000.00 / pakej / sehari


3. Penerbitan Video

Perkhidmatan penerbitan video seperti video korporat dan video promosi, merangkumi proses praproduksi sehingga pascaproduksi.

Skop penerbitan boleh melibatkan perancangan konsep, penyediaan kandungan, rakaman serta penyuntingan berdasarkan keperluan projek.

Kadar: RM30,000.00 / pakej


4. Pembangunan Montaj

Perkhidmatan pembangunan montaj video termasuk penghasilan grafik gerak 2D (2D motion graphics) dan compositing.

Antara kandungan yang boleh dihasilkan termasuk:

  • Montaj pelancaran produk
  • Montaj perasmian majlis
  • Montaj program dan acara
  • Kandungan visual mengikut keperluan projek

Kadar: RM3,000.00 / pakej


5. Live Streaming

Perkhidmatan penstriman langsung (live streaming) bagi program atau acara yang sedang berlangsung ke platform seperti YouTube atau pelayan penstriman lain yang bersesuaian.

Kadar: RM3,000.00 / pakej


Ringkasan Kadar Perkhidmatan

Perkhidmatan Kadar
Rakaman Video MCP RM5,000.00 / pakej / sehari
Rakaman Video Single Camera RM6,000.00 / pakej / sehari
Penerbitan Video RM30,000.00 / pakej
Pembangunan Montaj RM3,000.00 / pakej
Live Streaming RM3,000.00 / pakej

Antara Projek dan Perkhidmatan yang Telah Dilaksanakan

PSPK mempunyai pengalaman dalam menyediakan perkhidmatan media dan produksi bagi pelbagai program universiti, akademik, korporat serta acara khas. Antara perkhidmatan dan projek yang telah dilaksanakan termasuk:

  • Perkhidmatan Teknikal Putra Business School
    Rakaman Multi-Camera Production (MCP) dan penstriman langsung bagi sesi Professor of Practice (POP) Talk.
  • Perkhidmatan Media PUTRA – Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035
    Penerbitan video promosi bagi menyokong keperluan komunikasi dan publisiti program.
  • Perkhidmatan Fotografi Korporat
    Pelaksanaan sesi fotografi rasmi dan korporat melibatkan pengurusan kolej, pusat tanggungjawab, fakulti serta warga universiti.
  • Perkhidmatan Media PUTRA – Fotografi MGP 2026
    Perkhidmatan fotografi bagi dokumentasi dan keperluan media program.
  • 4th International Research Conference 2026 (4th IRC 2026)
    Perkhidmatan Multi-Camera Production (MCP) dan jurufotografi bagi program anjuran Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM.

Perkhidmatan yang dilaksanakan merangkumi keperluan rakaman video, MCP, fotografi, penerbitan kandungan, video promosi dan penstriman langsung, bergantung pada skop dan keperluan setiap program.

 

Pertanyaan dan Tempahan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan skop perkhidmatan, kesesuaian produksi dan tempahan, sila hubungi:

Fahrul Asmady Yunus
Tel: 03-9769 6025
E-mel: fahrulasmady@upm.edu.my

Marina Ismail
Tel: 03-9769 6003
E-mel: marina_moniz@upm.edu.my

Updated:: 21/08/2026 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
W, (09:25:47am-09:30:47am, 29 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]