Oleh Dahlan Ismail Abu Bakar
Media cetak hari ini memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat umum. Ia menjadi rujukan utama masyarakat untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pembaharuan dasar kerajaan, isu semasa negara dan perkembangan situasi semasa di luar negara dengan sudut pandang yang matang.
Artikel kepakaran yang ditulis adalah dari sumber ahli pakar yang tidak terbatas. Ia menjadikan pembaca sebagai pemikir dalam sesuatu isu, menimbang perbincangan ahli pakar dalam bidang dari pelbagai sudut perbincangan memberikan sudut fikiran baharu kepada masyarakat tentang isu yang dibincangkan. Kita boleh lihat isu yang hangat dibincangkan diulas berhari-hari, kadang menjangkau mingguan.
Ketepatan maklumat dan sahih menjadikan akhbar diyakini pembaca untuk mengikuti perkembangan semasa isu yang dibincangkan. Ia meningkatkan kepercayaan pembaca untuk terhadap media cetak. Setiap penulisan dipandu oleh etika penulisan dan ia bukan satu isu lagi kerana artikel kepakaran ditulis oleh penulis yang ahli dalam bidang dan berita ditulis oleh penulis yang berpegang kepada etika penulisan masing-masing.
Saiz akhbar kini berbentuk sisipan memudahkan pembaca untuk membaca dimana sahaja dengan rekabentuk yang terkini bagi menarik minat berbagai generasi. Pernah suatu ketika dahulu, akhbar dijadikan sebahagian bahan pembelajaran dan pengajaran semasa penulis dalam pengajian, berbekalkan sebuah kamus dwi-bahasa membincangkan isu semasa, mengenali gaya penulisan di akhbar dan menambah perbendaharaan kata.
Walaupun kini, kebanyakkan pihak akhbar turut menyediakan medium elektronik untuk pembaca, akhbar yang dicetak masih lagi relevan berdasarkan jumlah penduduk Malaysia kini mencecah 30.2 juta orang memberikan pilihan kepada masyarakat untuk memilih akhbar bercetak sebagai bahan bacaan.
![]() |
Dahlan Ismail Abu Bakar Ketua Seksyen Komunikasi Korporat dan Pengurusan Majlis Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Universiti Putra Malaysia |
Date of Input: 23/12/2022 | Updated: 23/12/2022 | hairul_nizam
Level 3, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan