12 Ogos 2020 - Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Bengkel Penulisan Kepakaran UPM bagi pegawai akademik yang berkepakaran dalam bidang Sains Teknologi.
Majlis yang diadakan di Dewan Senat UPM itu dihadiri 54 orang peserta.
Taklimat disampaikan penceramah Khairul Anuar Muhamad Noh dari CoSComm dan Prof Madya Dr. Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam UPM daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.
Bengkel bertujuan memberi pengetahuan serta pendedahan kepada peserta berkaitan cara penulisan kreatif serta garis panduan/tatacara mengeluarkan kenyataan dalam media cetak atau media elektronik.
Tarikh Input: 10/11/2020 | Kemaskini: 11/11/2020 | kziana
Tingkat 3, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan