Majlis Sambutan Hari Bumi 2022 | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» SDG & GREEN CAMPUS » Sustainable@UPM » Majlis Sambutan Hari Bumi 2022

Majlis Sambutan Hari Bumi 2022

Pada 22 April 2022 yang lalu, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Bumi 2022 peringkat UPM dengan tema ‘Invest in Our Planet’. Sambutan ini diadakan dengan tujuan membentuk warga kampus yang cakna mengenai penjagaan alam sekitar dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Majlis sambutan pada kali ini juga merupakan salah satu usaha UPM dalam mengekalkan reputasi UPM sebagai universiti paling lestari seperti yang digariskan dalam Naratif Naib Canselor 2022. Majlis yang dijalankan secara langsung dari Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM ini telah dirasmikan oleh Yang Hormat Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.

Majlis ini juga dijalankan secara serentak diseluruh UPM dengan kerjasama yang sangat baik diberikan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam UPM. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh setiap PTJ untuk memberi sokongan terhadap Sambutan Hari Bumi ini antaranya menanam pelbagai jenis tumbuhan, gotong royong membersihkan kawasan PTJ masing-masing, pelancaran kesedaran 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery), solat hajat sempena Hari Bumi, dan menutup lampu selama sejam.

Seterusnya, forum yang bertajuk ‘Invest in Our Planet’ juga menyaksikan moderator iaitu Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia Dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, Institut Pengajian Sains Sosial,  bersama dua orang panel iaitu Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan, Dekan Fakulti Reka Bentuk dan Senibina dan Prof. Madya Dr. Nor Rohaizah Jamil dari Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar mengupas serta memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang kepentingan dalam menjaga alam sekitar demi kebaikan generasi kini dan generasi baru. 

Sambutan Hari Bumi ini adalah sambutan tahunan yang dijalankan supaya masyarakat dan warga UPM khususnya, tidak leka dan terus aktif dalam memelihara dan memulihara alam demi kesejahteraan bersama. 

Tonton Majlis Sambutan Hari Bumi 2022

 

Updated:: 18/11/2022 [nurfatihah.mzainol]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXFCIAx~