Page 78 - Manual Identiti Korporat
P. 78
Pada September 2015, Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan
bahawa terdapat 17 matlamat Sustainable
Development Goals (SDGs) yang perlu
dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk
menyokong agenda 2030 bagi mencapai
kesejahteraan dunia.
UPM terlibat secara langsung dalam memberikan nilai tambah
terhadap pencapaian matlamat ini. Penggunaan logo SDGs
pada setiap poster dapat merekodkan penglibatan UPM dalam
matlamat SDGs dan perlu dalam penilaian Times Higher
Education Impact Ranking. Berikutan itu;
• Semua pusat tanggungjawab (PTJ) perlu menggunakan
mana-mana 17 logo SDGs yang berkaitan dalam semua
poster aktiviti yang dilaksanakan di peringkat UPM.
• Semua PTJ juga perlu menggunakan tanda pagar
(hashtag) #UNSDGs #UPMAct4SDGs dalam setiap
hebahan aktiviti tersebut di media sosial seperti Facebook,
Instagram, Twitter dan lain-lain.
Manual Identiti Korporat (MIK 3/2021) 78

