MAKLUMAT SETEM KU KORPORAT UPM | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» SETEM KU KORPORAT UPM » MAKLUMAT SETEM KU KORPORAT UPM

MAKLUMAT SETEM KU KORPORAT UPM

Sukacita dimaklumkan Universiti Putra Malaysia akan mengeluarkan cenderahati kenangan Setem Ku Korporat Eksklusif sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM. Setem Ku Korporat ini merupakan satu projek yang julung kali diadakan sebagai tanda kenangan dan apresiasi dalam menggambarkan semangat gigih, keteguhan dan iltizam warga UPM sepanjang tempoh 50 tahun pembangunan universiti.

Setem Ku Korporat UPM dijangka akan berada dalam pasaran pada pertengahan Disember 2021. Tempahan Setem Ku Korporat adalah terbuka kepada semua pihak yang berminat sama ada warga UPM, alumni, pesara, rakan universiti dan orang awam. Sehubungan itu, kami mengalu-alukan tempahan awal (pratempahan) daripada tuan/puan semua.

Tempahan Setem Ku Korporat boleh dibuat secara dalam talian.

 

Updated:: 09/12/2021 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

SXEUEAz~