Lawatan Delegasi Universitas Musi Rawas, Indonesia | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» NEWS » Lawatan Delegasi Universitas Musi Rawas, Indonesia

Lawatan Delegasi Universitas Musi Rawas, Indonesia



SERDANG, 20 Januari 2020
 - Lawatan daripada Universitas Musi Rawas, Indonesia telah berlangsung pada 20 Januari 2020 yang lepas. Program dipengerusikan oleh Prof Madya. Dr. Syazwani Idrus yang mewakili Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam. Pelbagai perkara dibincangkan antaranya potensi jaringan industri dan mobiliti. Peluang perkongsian kepakaran dan sokongan terhadap penganjuran aktiviti seperti jemputan keynote speaker, peserta seminar/ konferensi. Selain itu, pihak Universitas Musi Rawas juga mengalu-alukan kerjasama dalam skop penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Turut serta dalam perbincangan ini ialah Dr. Mohd Shahrizal Ab Razak (Penyelaras Pembangunan), Dr. Nor Azizi Safiee (Penyelaras Akademik II) dan Dr. Noor Azline Mohd Nasir (Penyelaras Siswazah), Jabatan Kejuruteraan Awam.

Pelawat juga dibawa oleh Pn. Azzlia Mohd Unaini, melawat makmal yang berkaitan antaranya Makmal Kesihatan Awam, Makmal Bahan, Makmal Struktur, Makmal Hidraul dan Makmal Lebuhraya.

Date of Input: 06/04/2020 | Updated: 06/04/2020 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696021
03-97698972
CUMJMA:12:15