SPESIFIKASI ARTIKEL PENDAPAT KEPAKARAN | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» GUIDELINES » PENULISAN ARTIKEL KEPAKARAN » SPESIFIKASI ARTIKEL PENDAPAT KEPAKARAN

SPESIFIKASI ARTIKEL PENDAPAT KEPAKARAN

  1. Penulisan atau pandangan hendaklah berasaskan kepada bidang kepakaran. Elakkan daripada banyak mengguna pendapat orang atau menerangkan latar belakang atau penerangan sesuatu isu dengan terlalu panjang dengan beranggapan pembaca telah tahu penerangan sesuatu isu. Gunakan kaedah “straight to the point”
  2. Artikel sesuai untuk disiarkan di media jika menggunakan gaya bahasa yang mudah agar sesuai untuk semua lapisan anggota masyarakat membaca dan memahaminya (layman terms).

  3. Font tajuk ialah Arial Black saiz 16, bold, huruf besar. Sila tulis ‘ARTIKEL PENULISAN KEPAKARAN UPM’ di atas tajuk.

  4. Di bawah tajuk tulis maklumat: nama penulis, jawatan, jabatan, fakulti, bidang kepakaran, no HP dan alamat emel.

  5. Font isi penulisan ialah Verdana atau Cambria saiz 12

  6. Spacing – Single line. Jarakkan antara dua perenggan

  7. Gunakan satu atau dua ayat sahaja dalam setiap perenggan. Penggunaan melebihi dua ayat dalam satu perenggan tidak digalakkan.

  8. Penulisan ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

  9. Tidak melebihi 700 patah perkataan.

  10. Foto mugshot atau foto seperti pasport hendaklah dilampirkan bersama dalam fail berasingan.

  11. Penulisan perlu memberi penekanan kepada aspek penyelesaian masalah terhadap isu-isu semasa negara yang relavan, terkini atau yang baharu dilaporkan di dalam media dalam konteks menyokong, menambah baik atau membantah isu yang sedang mendapat perhatian masyarakat. Utamakan idea baharu atau cadangan cara untuk mengatasi masalah yang ada dan ianya perlu merangkumi 30 hingga 50 peratus daripada keseluruhan artikel. Elakkan memetik pendapat pakar lain atau kutipan fakta yang umum sedia maklum kecuali untuk penerangan ringkas latar belakang isu.

  12. Sokong penulisan dengan data, fakta atau contoh-contoh yang kukuh, sahih dan tepat.

  13. Mulakan ayat artikel seperti dua (2) contoh situasi berikut:

    1. Contoh penulisan sempena Hari-Hari Penting Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: 
      (Sempena Hari Hutan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 3 Mac dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, wajarlah kita menyingkap kembali sejauh mana sumbangan dan peranan kita dalam pemuliharaan hutan tempatan. 

      Saya terpanggil untuk memberikan beberapa cadangan terhadap isu pembalakan haram yang berlaku di Hutan Lojing Gua Musang, Kelantan yang semakin parah. Isu ini telah dimainkan oleh media-media tempatan pada bulan Februari lalu di mana terdapat kaedah untuk menangani pembalakan haram ini)
    2. Contoh penulisan cadangan atau penyelesaian masalah oleh pensyarah terhadap sebarang isu-isu semasa yang menjadi topik utama media massa negara dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini atau satu isu yang dimainkan oleh satu akhbar atau televisyen. Dibenarkan juga untuk isu berdasarkan pengalaman sendiri yang baru ditempuhi tetapi memberi impak kepada satu isu besar terkini (Untuk penulisan yang bukan isu semasa tidak digalakkan kerana sukar tersiar) 
      Saya merujuk kepada satu laporan ‘Kaedah menangani Covid19 – Sejauh manakah kita bersedia?’ yang ditulis oleh Prof Ismadi Ismail dari Universiti Sains Malaysia yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian dalam ruangan Cetusan Pendapat pada 20 Mac kelmarin. 

      Di sini saya tidak bersetuju dengan beberapa saranan oleh Prof Ahmad kerana terdapat beberapa cadangan beliau seperti memberi back fire terhadap usaha-usaha Kementerian Kesihatan.


  14. Pengenalan yang ringkas dan padat. Kesimpulan artikel hendaklah ditulis pada permulaan artikel dan bukan penutup artikel seperti kebiasaannya.

  15. Di penghujung artikel, sila ulangi semula pendirian dengan jitu sama ada menyokong atau tidak (pro atau contra) dalam sesuatu isu.

  16. Penulisan yang baik adalah penulisan yang boleh memberi pencerahan terhadap sesuatu isu. Penulisan boleh berbentuk kritikal tetapi tidak boleh menyentuh isu sensitif melibatkan agama dan kaum yang boleh mengganggu kesejahteraan dan ketenteraman awam. 
  17. Hantar artikel anda yang mematuhi garis panduan ini kepada En. Dahlan Ismail Abu Bakar emel: d_ismail@upm.edu.my / moniza@upm.edu.my.

Updated:: 19/09/2023 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEYCAK~