LOGO RASMI SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS UPM SEMPENA 50 TAHUN PENUBUHAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEBAGAI UNIVERSITI | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» GUIDELINES » PENGGUNAAN LOGO 50 TAHUN UPM » LOGO RASMI SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS UPM SEMPENA 50 TAHUN PENUBUHAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEBAGAI UNIVERSITI

LOGO RASMI SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS UPM SEMPENA 50 TAHUN PENUBUHAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEBAGAI UNIVERSITI

Pada tahun 2021 UPM meraikan Sambutan Perayaan Jubli Emas UPM sempena 50 Tahun Penubuhan Universiti Putra Malaysia sebagai universiti.

Rasional Logo

 
Warna Emas melambangkan 50 tahun kegemilangan UPM sebagai menara ilmu ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat.
 
 
 
Warna Kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.
 
 
 
Warna Merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.
 
 
Garisan 3 melengkung di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan dan juga membawa maksud tiga fungsi utama universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Bentuk bulatan ibarat sebuah institusi yang bergerak dengan pantas dan konsisten.
 
 
Pelepah daun Palma Serdang yang segar dan mekar di kiri ialah simbol dahan yang melambangkan kepelbagaian bidang dan rumpun warga UPM serta kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan kekuatan UPM seiring Pelan Strategik UPM.
 
 
Kombinasi warna Emas, Hijau, Merah, Kelabu dan Putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme kekal sehingga kini di usia 50 tahun dalam sistem pendidikan tinggi.



 

Updated:: 06/01/2021

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696021
03-97698972
CUMFKAb~