PENERANGAN LOGO SDGs BERDASARKAN PROGRAM/AKTIVITI | CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
» GUIDELINES » MANUAL PENGGUNAAN LOGO SDGs » PENERANGAN LOGO SDGs BERDASARKAN PROGRAM/AKTIVITI

PENERANGAN LOGO SDGs BERDASARKAN PROGRAM/AKTIVITI

LOGO SDG HURAIAN

Program/aktiviti yang berteraskan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat.

Contoh: wacana kesedaran pengeluaran zakat dan bantuan dalam bentuk kewangan mahupun berbentuk barang kepada golongan yang memerlukan serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kebuluran dalam masyarakat.

Contoh: bantuan ‘barang dapur’ dan makanan kepada golongan yang memerlukan serta lainlain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan kesihatan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan di setiap peringkat umur.

Contoh: wacana kesihatan mental dan pemeriksaan kesihatan percuma serta lainlain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap sesuatu isu/topik.

Contoh: seminar atau forum yang membabitkan perkongsian dari pakar serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan kesetaraan jantina dengan tujuan untuk memperkasakan golongan wanita dalam masyarakat.

Contoh: wacana peranan wanita dalam Islam dan perkongsian dari pakar serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan kebersihan air dengan tujuan untuk membentuk kesedaran mengenai kepentingan bekalan air bersih dan bahaya pencemaran air kepada kehidupan sejagat.

Contoh: kempen air bersih dan aktiviti membersihkan sungai serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan penggunaan tenaga dengan jimat dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam penjimatan tenaga dalam kalangan masyarakat.

Contoh: kempen jimat elektrik dan air serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan perkembangan ekonomi dan pekerjaan yang produktif dengan tujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan ekonomi.

Contoh: seminar ekonomi rumah tangga dan program keusahawanan serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan industri yang membuka peluang kerjaya, kemudahan yang menjamin kualiti kehidupan dan kemajuan dalam teknologi dengan tujuan untuk membawa manfaat kepada taraf kehidupan masyarakat. 

Contoh: webinar pereka inovatif serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan pengurangan ketidaksamaan dengan tujuan untuk memperkasakan golongan istimewa seperti golongan kurang upaya dan masyarakat pribumi.

Contoh: projek kolej mesra OKU dan program santuni golongan pribumi serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan persekitaran yang selamat dan komuniti yang menghargai warisan dengan tujuan untuk menjadikan persekitaran komuniti lebih sejahtera dan memelihara warisan budaya.

Contoh: program pertunjukan keris diraja dan pembinaan laluan sikal serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan penggunaan dan pengurusan sisa buangan secara berkesan dengan tujuan untuk memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar terjamin.

Contoh: seminar pengurusan sisa buangan dan kempen kitar semula serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan tindakan dalam menghadapi perubahan iklim dengan tujuan untuk memastikan masyarakat cakna terhadap perubahan yang berlaku pada alam sekitar .

Contoh: program sayangi alam sekitar dan wacana perubahan iklim serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan laut dengan tujuan untuk memastikan masyarakat cakna terhadap pencemaran marin yang berlaku.

Contoh: aktiviti ‘plogging’ di persisiran pantai dan kempen selamatkan penyu serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dengan tujuan untuk memastikan masyarakat berpengetahuan mengenai pengurusan hutan yang betul.

Contoh: wacana sayangi hutan dan kempen anti-pembalakan haram serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan tadbir urus yang baik dan undang-undang yang menyeluruh dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi dan kualiti sesebuah organisasi.

Contoh: kempen anti-rasuah dan forum gangguan seksual di tempat kerja serta lainlain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Program/aktiviti yang berteraskan kerjasama dengan pihak tertentu seperti badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan lain-lain dengan tujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Contoh: persidangan antarabangsa mengenai kampus lestari dan kempen bersama NGO dalam membantu penduduk Palestin serta lain-lain program/aktiviti yang berkaitan.

   

Updated:: 21/01/2021

MEDIA SHARING

CENTRE FOR CORPORATE STRATEGY AND RELATIONS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696021
03-97698972
CUMFKAm~