Pengurusan Pelawat Antarabangsa | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» Pengurusan Pelawat Antarabangsa

Pengurusan Pelawat Antarabangsa

Pelawat antarabangsa merupakan individu atau delegasi dari institusi luar negara yang mengadakan lawatan rasmi ke UPM. Kebiasaannya, tujuan lawatan adalah untuk meningkatkan hubungan dua hala antara institusi antarabangsa dengan UPM menerusi kerjasama dalam bidang akademik seperti pertukaran pelajar dan staf, mobiliti pelajar, latihan internship, latihan profesional, program pengajian, penyelidikan, penganjuran seminar, bengkel dan persidangan dan lain-lain.

Pengurusan pelawat yang berkesan akan memberi impak yang besar terhadap UPM, khususnya dalam menonjolkan imej dan komitmen universiti terhadap aktiviti jaringan pada peringkat global.

Pelawat luar negara yang diuruskan oleh Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi terdiri daripada sepuluh kategori, iaitu:

  1. Pelawat yang dijemput oleh UPM (seperti para sarjana yang tersohor dalam bidang tertentu)
  2. Pelawat yang berhubung terus dengan UPM (mengadakan perbincangan dan berhasrat untuk menjalin hubungan dengan UPM)
  3. Pelawat yang mengadakan kunjungan ke Kementerian Pengajian Tinggi dan dicadangkan oleh KPT untuk melawat UPM
  4. Pelawat dari institusi yang telah dijalinkan hubungan melalui MoU/MoA
  5. Pelawat yang menghadiri seminar atau persidangan
  6. Pelawat yang diuruskan oleh kedutaan
  7. Pelawat yang diuruskan oleh agensi luar
  8. Pelawat yang datang mempromosikan program pengajian atau tawaran biasiswa
  9. Pelawat yang mengikuti program sangkutan profesional
  10. Pelawat yang mengikuti program penyelidikan dengan kerjasama mana-mana kementerian yang berkaitan

 

Aktiviti menyelaras dan mengurus pelawat antarabangsa yang dijalankan oleh Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi ialah:

  1. Memberi maklum balas permohonan lawatan
  2. Mengenal pasti PTJ dan kepakaran yang berkaitan
  3. Menyediakan atur acara lawatan
  4. Menyambut pelawat
  5. Mengenal pasti dan melantik pengerusi mesyuarat atau perbincangan
  6. Membuat catatan perbincangan
  7. Menyediakan bahan taklimat tentang UPM
  8. Menyediakan brosur atau risalah berkenaan UPM
  9. Menguruskan kenderaan (jika perlu)
  10. Menguruskan tempat penginapan (jika perlu)
  11. Menguruskan majlis keraian (jika perlu)
  12. Menyediakan ‘interpreter’ (jika perlu)
  13. dan lain-lain keperluan seperti terkandung dalam senarai semak (jika berkaitan)

 

Untuk melicinkan pengurusan pelawat, sila rujuk garis panduan dan borang yang berkaitan:

            Garis Panduan

            Prosedur Pengurusan Lawatan Antarabangsa

            Borang Permohonan Cenderamata dan Bahan Bercetak

 

Pelawat antarabangsa yang ingin mengadakan lawatan ke UPM, sila gunakan Borang Permohonan Lawatan.

            Borang Permohonan Lawatan

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi,

Shahriah Membar
Penolong Pendaftar Kanan | N44
Telefon : 03.89467 2053
Email : shahriah@upm.edu.my 

Kemaskini:: 26/04/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEZWAD~