UPM JUARA BERTAHAN DOMINASI ACARA OLAHRAGA SUKIPT 2014 | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » UPM JUARA BERTAHAN DOMINASI ACARA OLAHRAGA SUKIPT 2014

UPM JUARA BERTAHAN DOMINASI ACARA OLAHRAGA SUKIPT 2014

SERDANG, 10 Feb (UPM) - Juara bertahan Universiti Putra Malaysia (UPM) secara keseluruhan mendominasi acara olahraga Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 yang telah berlangsung di Stadium Arena Universiti Malaya (UM) bermula 5 Februari lalu hingga semalam.

UPM meraih 12 pingat emas, 8 perak dan 9 gangsa diikuti oleh Universiti Teknologi Mara (UITM) dengan meraih 7 pingat emas, 7 perak, 2 gangsa manakala Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) mengumpul 7 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa.

Pengurus Pasukan Olahraga UPM, Mohd Firdaus Hj. Abdullah berkata kejayaan itu merupakan diluar jangkaannya  kerana UPM hanya mensasarkan 9 pingat emas sahaja untuk acara olahraga.


Pengurus Olahraga UPM, Mohd Firdaus Hj. Abdullah

“Saya tidak sangka atlet UPM berjaya hingga ke tahap ini kerana beberapa atlet kami telahpun mengalami kecederaan iaitu Noor Amira Mohamad Nafiah dalam acara lompat kijang dan Ahmad Luth Hamizan menerusi acara larian 5000m,” katanya
Atlet lontar peluru kategori lelaki UPM, Adi Alifuddin Hussin yang merupakan pemegang rekod kejohanan SUKIPT berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi beliau di kejohanan SUKIPT 2013 dengan merekodkan lontaran sejauh 15.85 meter.

Sementara itu atlet UPM yang juga atlet kebangsaan, Muhammad Khairil Harith Harun telah mencatat rekod baru kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 bagi acara 10000 meter (M) jalan kaki lelaki.

Catatan 48 minit dan 50 saat yang dilakukan beliau telah mengatasi rekod lama kejohanan 50 minit dan 09 saat yang dicatat oleh Satiyaseelan a/l Mahalingam pada Edisi 2012 lalu.

Atlet lompat kijang UPM, Muhammad Hakimi Ismail turut berjaya memecah rekod kejohanan SUKIPT dengan menambah sebutir pingat emas dengan catatan 15.67 meter. Beliau akan bertanding di China untuk sukan ASIAN indoor Athletics Championship pada minggu hadapan.

Perkembangan lain dalam acara taekwondo wanita kategori bawah 67 kilogram (KG), Noor Hidayu Mohamed Remey (UPM) berjaya menumpaskan Jenny Soh Fong Mee dari Kolej Antarabangsa KBU yang pernah memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA di Myanmar baru-baru ini dengan mata akhir 4-2 sekaligus Jenny sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

 
Khairil Harith Harun, 1000m jalan kaki (L)


Collin Ngo Gabriel (UPM) vs Helarry Ebbie (UPSI)


Pasukan Hoki Wanita UPM 

Lain-lain atlet UPM yang berjaya meraih pingat emas ialah :

Norliyana binti Kamaruddin, High Jump (W);

Ahmad Luth Hamizan, 5000 Metres (L);

Mohd Fahmee Zamzam Mehamad, Pole Vault (L);

Shamala Jeanne Chandran, 800 Metres (W);

Mohamad Rohaizad Jamil, 110 Metres Hurdles (L);

Chuah Yu Tian, Pole Vault (W);

Norliyana Binti Kamaruddin, Heptathlon (W);

Muhammad Fareez Rosli, Memanah (Recurve Bow (L));

Nurul Asfahlina Mohamed Johari, Taekwando -Fly (W);

Collin Ngo Gabriel, Taekwando -Fly (L);

Nur Qurratu' Aini Zainal Abidin, Judo- 48 Kg (W);

Muhamad Jafaannuar Jamaludin, Judo - +60kg – 66kg (L).


Keputusan keseluruhan pungutan pingat SUKIPT 2014 di kedudukan sepuluh tertinggi setakat ini adalah seperti berikut: 

KONTIJEN

EMAS

PERAK

GANGSA

Universiti Teknologi MARA

28

19

14

Universiti Putra Malaysia

24

17

20

Universiti Malaya

11

2

5

Universiti Malaysia Perlis

8

3

6

Universiti Sultan Zainal Abidin

6

5

3

Universiti Teknologi Malaysia

6

2

4

Universiti Tunku Abdul Rahman

5

0

0

Universiti Sains Malaysia

3

4

3

Universiti Malaysia Sabah

2

6

8

Kolej Komuniti Sabah

2

3

3

 

Perasmian Pembukaan SUKIPT telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin bertempat di Stadium UiTM Shah Alam pada 3 Februari lalu dengan tema ‘Sound and Light’.

 

SUKIPT yang merupakan satu platform sesi pemilihan atlet untuk Asean University Game (AUG) itu meriah dengan penglibatan sebanyak 104 kontinjen, 8,000 atlet, 2,500 pegawai dan 1,500 sukarelawan dengan  251 pingat emas dipertandingkan pada edisi kali kedua ini

 

Majlis penutup SUKIPT 2014 akan berlangsung pada 16 Februari di Dewan Agung Tunku Canselor Universiti Teknologi MARA. – UPM

Oleh Syifarida Muhammad Zaki
Foto Mohd Yusly Mohd Yusof
Sumber MarComm


Tarikh Input: | Kemaskini: | nur_fareha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXESPAF~