UPM Jalani Audit Dalaman Swaakreditasi | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » UPM Jalani Audit Dalaman Swaakreditasi

UPM Jalani Audit Dalaman Swaakreditasi


Oleh Syifarida Muhamad Zaki
Foto Oleh Noor Azreen Awang

SERDANG, 30 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Audit Pengekalan Swaaktreditasi UPM selama tiga hari dari 28 hingga 30 September lalu oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Penilaian itu penting untuk UPM mendapatkan maklum balas atas manfaat autonomi akademik terutamanya terhadap pematuhan standard, inisiatif, amalan baik dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan UPM sejak 2011 hingga 20105.

UPM dianugerahkan Status Swaakreditasi oleh MQA pada 29 April 2010 dan penganugerahan status itu tertakluk kepada penilaian semula oleh MQA, iaitu penilaian sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun.

Melalui status Swaakreditasi, UPM dapat mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa perlu mendapat kelulusan MQA.

Swaakreditasi adalah satu bentuk autonomi institusi untuk UPM mempertingkatkan jaminan kualiti akademik melalui penilaian kendiri dan penambahbaikan secara berterusan.

Justeru, status Swaakreditasi telah mempercepatkan proses kelulusan program akademik melalui sistem jaminan kualiti dalaman yang berkesan.

Proses penilaian itu yang diselaraskan oleh Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi (CoSComm), UPM menampilkan enam Panel Auditor MQA yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Hazman Shah Abdullah.

Penilaian itu memfokuskan sembilan bidang utama dalam Code of Practice for Institutional Audit (COPIA), pelaksanaan program berdasarkan program standard yang telah ditetapkan oleh MQA, dan Code of Practice for Programmes Audit (COPPA).

Majlis penutup disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato Dr. Mohd Fauzi Ramlan.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXETWA7~