UPM ANJUR SIRI WACANA MEDIA PUTRA KUPAS ISU VAKSIN COVID-19 | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » UPM ANJUR SIRI WACANA MEDIA PUTRA KUPAS ISU VAKSIN COVID-19

UPM ANJUR SIRI WACANA MEDIA PUTRA KUPAS ISU VAKSIN COVID-19

Oleh: Zainul Luqman Zainul Ikhwan

Tonton Wacana Media Putra

SERDANG, 17 Dis – Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Siri Wacana Media Putra yang pertama iaitu ‘Vaksin COVID-19 : Antara Mitos Dengan Realiti’.

Wacana itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan serta pandangan ilmiah dari panel jemputan yang berkhidmat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Prof. Madya Dr. Malina Osman.

Antara inti perbincangan adalah isu halal penggunaan bahan di dalam vaksin COVID-19, kesan sampingan serta keberkesanan vaksin dengan penemuan yang singkat dan mitos yang tersebar luas mengenai penggunaan vaksin pada masyarakat kita pada hari ini.

Siri Wacana Media Putra adalah usaha UPM dalam menonjolkan keterlihatan kepakaran UPM serta sebagai platform advokasi awam untuk berkongsikan isu semasa bersama pakar UPM kepada masyarakat luar kampus. - UPM

Tarikh Input: 14/01/2021 | Kemaskini: 14/01/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXDcTAi~