![]() |
![]() |
SERDANG, 2 Julai - Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Pengendalian Majlis Rasmi, Protokol dan Etiket Sosial Siri 1 dan 2 pada hari ini yang dikendalikan oleh Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara, Tuan Sophian Ab Rahman.
Pada sesi hari ini adalah berkenaan Etiket Sosial (pakaian dan keterampilan diri) dan Etika Meja Makan.
![]() |
![]() |
Sebelum ini, Siri 1 kursus itu telah dijalankan pada 11 Jun 2022 memfokuskan kepada Pengendalian Majlis Rasmi dan Protokol.
Selain itu, penganjuran kursus tersebut adalah bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran staf UPM mengenai protokol, etiket sosial dan imej profesional yang bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian malah turut digunakan dalam tugasan harian untuk lebih berkeyakinan dalam melaksanakan tugas.
Turut hadir, Timbalan Pengarah, PSPK, UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain.
Tarikh Input: 27/07/2022 | Kemaskini: 27/07/2022 | hairul_nizam
Tingkat 3, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan