Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad Dilantik Sebagai Pengarah PSPK | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad dilantik sebagai Pengarah PSPK

Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad dilantik sebagai Pengarah PSPK

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

SERDANG, 30 Jun - Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad dilantik sebagai Pengarah Pusat Strategik dan perhubungan Korporat (PSPK) Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tempoh selama setahun berkuat kuasa 1 Julai 2022 hingga 11 Ogos 2023.

Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti, 59, menggantikan Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman yang telah tamat pelantikan sebagai Pengarah PSPK pada 30 Jun 2022.

Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata perlantikan beliau adalah untuk meneruskan kecemerlangan komunikasi strategik UPM dalam usaha UPM memastikan Pelan Strategik UPM 2021-2025 terlaksana.

Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti berkelulusan PhD dalam bidang komunikasi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2005), Master of Arts in Speech Communication di Western Illinois University, Macomb, Illinois, U.S.A. (1988) dan B.Sc (Pertanian) – Pendidikan Pengembangan, dari Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (1985).

Beliau adalah daripada Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM dan bidang kepakarannya dalam retorik dan komunikasi pertuturan.

Terdahulu, beliau mula menggalas tanggungjawab sebagai Dekan FBMK bermula 2011 sehingga 2019 kemudian dilantik semula menjadi Dekan FBMK pada September 2021 sehingga 30 Jun 2023.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini telah menerima penganugerahan Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato’ bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang ke-79 tahun 2021.

Selain itu, pada 2020 beliau juga menerima anugerah kebesaran Darjah Kebesaran Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti juga aktif penglibatan dalam badan antarabangsa seperti President of the Pacific and Asia Communication Association (PACA), 2009 hingga 2011, Member of the World Communication Association (WCA) sejak 1998 dan kembali menjadi Presiden PACA pada 2017 hingga 2020. – UPM

Tarikh Input: 04/07/2022 | Kemaskini: 04/07/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEUTAN~