LAMAN WEB UPM RAIH LIMA BINTANG MGPWA | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » LAMAN WEB UPM RAIH LIMA BINTANG MGPWA

LAMAN WEB UPM RAIH LIMA BINTANG MGPWA


SERDANG, 16 April – Laman web/portal Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat anugerah cemerlang dengan penarafan lima bintang dalam penyediaan laman web dan portal dalam Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2013 (MGPWA 2013).

Penarafan itu dimaklumkan dalam surat penghargaan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Morshidi Sirat baru-baru ini.

UPM berkongsi kedudukan ketiga dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan mencatatkan skor 83 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam, selain mengekalkan kedudukan ketiga dan penarafan lima bintang yang diraih pada tahun lalu.

Kedudukan pertama diraih oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mendapat skor 88 sementara kedudukan kedua dengan skor 86 diraih Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).  

Sebanyak lapan IPTA mendapat penarafan lima bintang dan baki 12 mendapat empat bintang.

Penilaian dibuat dari segi kandungan, kebolehgunaan, keselamatan dan bonus yang terdapat dalam portal laman web.

Tahun 2013 merupakan tahun ke-8 Portal Kerajaan Malaysia dan MGPWA dijalankan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) bertujuan untuk menyokong agensi-agensi kerajaan dalam mempromosikan perkhidmatan dalam talian dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui laman web atau portal.

Sumber: MarComm


Tarikh Input: | Kemaskini: | nur_fareha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXERBAB~